RDT 01 · Daftar SSMBisnes Kecil, Langkah Besar
Jual sikit-sikit, perlu daftar ke? Ikut Mei Gui mendaftar perniagaan dengan SSM melalui SSM4U, daripada memilih nama hingga menghantar permohonan dan memuat turun sijil selepas diluluskan.
Pilih buku mengikut perkara yang mahu anda susun. Setiap buku mengikut kisah seorang pemilik perniagaan kecil, dengan langkah kerja, senarai semak, templat dan bonus. Baca di telefon, simpan PDF, dan buat mengikut masa anda.
RM65 setiap buku · Sekali bayar · PDF + versi web · Panduan untuk dibuat sendiri. Tidak perlu membeli semua enam; pilih satu mengikut perkara yang mahu anda selesaikan dahulu.
Read & Do Tools (RDT) ialah siri panduan praktikal ST untuk usahawan mikro di Malaysia: baca langkahnya, gunakan templat dan buat sendiri.
Pembelian bahan bacaan dan ebook pendidikan perniagaan ini mungkin layak untuk pelepasan cukai gaya hidup LHDN (pembelian peribadi) atau boleh direkodkan sebagai kos operasi perniagaan anda; pilih satu kategori sahaja. Simpan resit bayaran rasmi yang dihantar ke e-mel anda. Pelepasan terakhir tertakluk kepada syarat LHDN.
RDT 01 · Daftar SSMJual sikit-sikit, perlu daftar ke? Ikut Mei Gui mendaftar perniagaan dengan SSM melalui SSM4U, daripada memilih nama hingga menghantar permohonan dan memuat turun sijil selepas diluluskan.
RDT 02 · Bina Jenama · Edisi Butik & Fesyen OnlineProduk bagus, tapi kenapa orang tak ingat? Ikut Mawar membina jenama sendiri: kenali pelanggan, kemudian susun logo, warna, cara jenama berkomunikasi dan halaman jualan.
RDT 03 · Mudah DitemuiKerja anda bagus, tapi kenapa orang tak jumpa? Ikut Muthu, seorang kontraktor, menyediakan Profil Perniagaan Google menggunakan akaun yang anda kawal sendiri.
RDT 04 · Urus TempahanBerapa kos sebenar sebiji kek? Ikut Rojani mengira harga yang adil, menyusun semua tempahan di satu tempat dan menyimpan rekod jualan serta resit.
RDT 05 · Kekal DilihatSukar mengekalkan hantaran setiap minggu? Ikut Nizam merancang empat tema utama kandungan, kalendar 12 minggu dan rakaman beberapa bahan dalam satu sesi, dengan izin yang direkodkan.
RDT 06 · BerkembangSibuk setiap hari, tapi tak huat? Ikut Ah Huat, pemilik van dandanan kucing di Kuching, merekod dan memahami lima angka perniagaan, mengira harga pakej dan menyusun pelan 90 hari.

Keenam-enam buku dalam satu bayaran (RM390 jika dibeli berasingan, jimat RM51). Pautan akses keenam-enam ebook dihantar ke e-mel pembelian anda dalam 1 hari bekerja. Tertakluk kepada polisi produk digital ST di bawah.
Jika perniagaan anda belum berdaftar di Semenanjung Malaysia atau Labuan, mula dengan RDT 01. Jika sudah berdaftar, pilih buku yang menyelesaikan masalah paling mendesak sekarang: jenama (RDT 02), Google (RDT 03), tempahan (RDT 04), kandungan (RDT 05) atau angka (RDT 06).
Tidak. Setiap buku boleh digunakan sendiri. Beli hanya buku untuk perkara yang anda mahu susun sekarang.
Satu ebook pilihan dalam PDF dan versi web, bersama senarai semak serta templat dan bonus yang dinyatakan pada halaman buku tersebut.
Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses. Pautan yang sama dihantar ke e-mel pembelian dalam 1 hari bekerja.
Tidak. RDT ialah panduan untuk dibuat sendiri. Kelas, konsultasi dan perkhidmatan penyediaan ST ditawarkan secara berasingan.
Simpan resit pembelian CHIP (dihantar ke e-mel anda) untuk rekod. Kelayakan pelepasan cukai individu (kategori gaya hidup) atau potongan perbelanjaan perniagaan bergantung pada penggunaan, tahun taksiran dan syarat LHDN; pembelian ini tidak menjamin kelayakan tuntutan. Rujuk LHDN atau ejen cukai anda.
Setiap bidang dalam Bantuan Perniagaan ST ada satu watak. Nama mereka bukan kebetulan: setiap nama membawa maksud yang berkait dengan masalah bisnes mereka. Tiga watak wanita kami pun berkongsi satu bunga, iaitu ros, dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil.

Kenapa nama Mei Gui?Mei Gui dalam bahasa Mandarin bermaksud bunga ros. Ros pun kena mekar dahulu, baru orang nampak cantiknya. Pendaftaran membantu anda mengurus perniagaan mengikut keperluan yang berkenaan.

Kenapa nama Mawar?Mawar dalam bahasa Melayu bermaksud bunga ros. Rupa dan mesej yang konsisten membantu pelanggan mengenali jenama, sama seperti ros yang mudah dicam dari jauh.

Kenapa nama Muthu?Muthu dalam bahasa Tamil bermaksud mutiara. Jangan sebab nama Muthu, bisnes pun tersorok macam mutiara dalam kerang. Mutiara perlu ditemui.

Kenapa nama Rojani?Rojani ialah nama yang dekat dengan roja, iaitu bunga ros dalam bahasa Tamil. Cantik macam bunga ros, tapi sepotong kek dia lagi murah dari sekuntum ros. Harga perlu dikira, bukan diteka.

Kenapa nama Nizam?Nizam dalam bahasa Arab bermaksud sistem atau susunan. Nama jer Nizam, tapi kandungan tak ada sistem langsung. Sampai dia susun satu rentak yang tetap.

Kenapa nama Ah Huat?Ah Huat dalam bahasa Hokkien bermaksud makmur. Nama jer Ah Huat, tapi bisnes tak huat-huat. Sampai dia mula membaca angka sendiri.