Logo STSynthesist TransformationMulakan perniagaan dengan betul
RDT 04 · Read & Do Tools · Kisah Rojani

Dari Dapur ke Tempahan Teratur Kira Harga, Susun Tempahan, Simpan Rekod

Berapa kos sebenar sebiji kek? Ikut Rojani mengira harga yang adil, menyusun semua tempahan di satu tempat dan menyimpan rekod jualan serta resit.

RM65sekali bayar · PDF + versi web + bonus
Kulit ebook Dari Dapur ke Tempahan Teratur: Kira Harga, Susun Tempahan, Simpan Rekod

Kenapa nama Rojani?Rojani ialah nama yang dekat dengan roja, iaitu bunga ros dalam bahasa Tamil. Cantik macam bunga ros, tapi sepotong kek dia lagi murah dari sekuntum ros. Harga perlu dikira, bukan diteka.

FormatPDF 71 halaman + versi web
MulaPersediaan awal sekitar 30 minit
AksesTerus ke halaman akses selepas bayaran
Hasil latihanHarga dikira berdasarkan kos dan tempahan direkod dengan teratur
Pelepasan cukai LHDN atau kos operasi perniagaan: pembelian ebook pendidikan perniagaan ini mungkin layak untuk pelepasan cukai gaya hidup (pembelian peribadi) atau boleh direkodkan sebagai kos operasi perniagaan anda; pilih satu kategori sahaja. Simpan resit rasmi yang dihantar ke e-mel anda. Pelepasan terakhir tertakluk kepada syarat LHDN.

Untuk siapa: Peniaga makanan dari rumah dan perniagaan tempahan yang masih mengurus tempahan melalui mesej yang berselerak, dan tertanya-tanya sama ada harga semasa mencukupi untuk menampung kos dan memberi lebihan.

Nota: Buku ini fokus pada harga, tempahan dan rekod. Keperluan keselamatan makanan, seperti kursus pengendali makanan dan suntikan anti-tifoid, ialah tanggungjawab berasingan pemilik. Semak dengan pejabat kesihatan daerah anda.

Apa yang anda peroleh

  • Templat Google Sheets tempahan dan rekod kewanganBuat salinan ke Google Drive anda. Formula disediakan. Masukkan maklumat tempahan dan angka kos anda pada ruangan yang ditetapkan.
  • Bonus 1: Kalkulator hargaAnggarkan kos berdasarkan bahan, masa dan imbuhan untuk kerja anda sendiri.
  • Bonus 2: 12 skrip WhatsAppBalasan pantas untuk pertanyaan harga, deposit dan penyerahan pesanan.
  • Bonus 3: Templat Google Forms, Google Sheets dan OrderlaPilih cara terima tempahan yang sesuai dengan anda.
  • Bonus 4: Pelan perayaanSusun tempahan musim raya tanpa panik.
  • Bonus 5: Semakan 20 perkaraSemak harga, borang tempahan, rekod dan proses bayaran anda.
  • Sokongan akses 7 hari bekerjaSelama 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar. Hubungi kami jika fail atau pautan tidak dapat dibuka.

Isi kandungan: panduan kira kos dan urus tempahan makanan dari rumah

Enam bab, setiap satu dengan kisah Rojani, langkah kerja, senarai semak dan hasil yang jelas di hujung bab.

  1. Bab 1Berapa kos sebenar sebiji kek?
  2. Bab 2Harga yang adil dan katalog
  3. Bab 3Satu tempat untuk semua tempahan
  4. Bab 4Bayaran, deposit dan serahan
  5. Bab 5Musim perayaan tanpa panik
  6. Bab 6Rekod jualan, belanja dan resit

Pratonton satu halaman

Pratonton halaman latihan dalam RDT 04
Besarkan pratonton ↗ · Halaman latihan Bab 1: lembaran kos untuk produk paling laris anda, termasuk bahan, bungkusan, gas, masa dan penghantaran.

Mula dalam 3 langkah

  1. Buat persediaan awal (sekitar 30 minit) di halaman Mula di sini.

    Pilih produk paling laris, kumpul resit bahan dan tulis harga sekarang.

  2. Muat turun templat Google Sheets di Bonus 3.

    Simpan dalam Google Drive anda, kemudian anggarkan kos berdasarkan rekod bahan, masa dan belanja anda dalam Bab 1.

  3. Buat semakan 20 perkara di Bonus 5.

    Kemudian mulakan dengan bab yang berkaitan dengan perkara yang paling perlu anda baiki.

Cara anda menerima ebook

  1. Bayar melalui CHIP

    Gunakan kaedah yang tersedia pada halaman bayaran CHIP. Isi nama, e-mel dan nombor telefon yang betul.

  2. Terus ke halaman ebook anda

    Selepas bayaran berjaya, anda dibawa ke halaman akses. Simpan pautannya untuk dibuka semula. Pautan yang sama dihantar ke e-mel anda dalam 1 hari bekerja.

  3. Simpan PDF

    Buka pautan, muat turun PDF dan simpan ke Google Drive atau Files di telefon anda.

Mahu kesemua 6 buku? Koleksi Lengkap 6 Ebook RDT: RM339 sahaja (jimat RM51), pautan akses semua buku melalui e-mel dalam 1 hari bekerja.

Polisi produk digital: Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar. Polisi ini tidak mengehadkan hak pembeli di bawah undang-undang yang terpakai. Jika fail rosak atau tidak boleh dibuka, hubungi kami dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Hari bekerja ialah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum yang terpakai kepada operasi ST. Baca Polisi Bayaran Balik & Penghantaran.

Soalan lazim

Adakah templat ini mengira untung secara automatik?

Templat mengira daripada angka yang anda masukkan. Hasilnya bergantung pada ketepatan rekod kos dan jualan anda.

Perlukah saya menggunakan Orderla?

Tidak. Bab 3 memberi dua pilihan: Google Form dengan Google Sheets, atau Orderla. Pilih yang sesuai dengan cara anda berniaga.

Bagaimana saya menerima ebook ini?

Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses ebook anda, dengan butang versi web dan muat turun PDF. CHIP menghantar resit ke e-mel anda, dan ST menghantar pautan akses yang sama ke e-mel itu dalam 1 hari bekerja.

Perlukah sambungan internet setiap kali membaca?

Versi web memerlukan sambungan internet. PDF boleh dimuat turun sekali dan dibaca tanpa internet. Tanda dan catatan versi web disimpan dalam pelayar pada peranti yang digunakan; simpan salinan kemajuan sebelum menukar peranti atau memadam data pelayar.

Bolehkah saya kongsi dengan kawan?

Pautan akses adalah untuk pembeli sahaja. Jika kawan anda berminat, kongsi halaman ini supaya mereka boleh membeli sendiri.

Bagaimana jika fail tidak boleh dibuka?

Hubungi kami melalui e-mel atau WhatsApp dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar.

Perlukah saya ada akaun Google?

Hanya untuk templat Google Sheets dan Google Forms. Anda membuat salinan ke Google Drive anda sendiri, jadi data anda kekal dalam akaun anda.

Ditulis oleh Miss Sugu (Suguneswari Thambymuthu), pengasas Synthesist Transformation Enterprise (PG0586128-K). Panduan ini menggabungkan langkah kerja, contoh perniagaan kecil dan sumber rasmi yang dinyatakan dalam buku. Tentang ST

Perlukan bantuan untuk melaksanakannya?

RM65 ialah pembelian panduan untuk dibuat sendiri. Kelas dan bantuan pelaksanaan ialah pilihan berasingan, dengan harga sendiri.

Dapatkan bantuan ST

Jom Urus Tempahan

ST sediakan borang tempahan, helaian tempahan dan balasan pantas WhatsApp untuk perniagaan anda.

Lihat pakej →

Belajar dalam kelas

Kelas Urus Tempahan dan Balasan WhatsApp

Kelas kumpulan kecil bersama Miss Sugu.

Tanya jadual kelas →
RM65 · RDT 04Beli sekarang →