Logo STSynthesist TransformationMulakan perniagaan dengan betul
Bantuan Perniagaan · 6 bidang

Apa yang anda mahu susun dalam perniagaan anda?

Pilih perkara yang paling memerlukan perhatian sekarang. Anda boleh buat sendiri dengan panduan, belajar dalam kelas atau dapatkan bantuan ST. Anda tidak perlu mengikuti semuanya atau bermula mengikut nombor. Setiap bidang ada ebook RDT untuk buat sendiri dan pakej ST siapkan untuk anda. Kelas sedang dirancang; anda boleh daftar minat kelas dahulu.

Tidak pasti mula dari mana?

Tempah Konsultasi Perniagaan pada bila-bila masa. Satu sesi 1-ke-1 RM50, 1 jam, untuk melihat kedudukan anda dan memilih tiga tindakan seterusnya. Atau mulakan dengan Senarai Semak Mula Perniagaan percuma.

Kenapa nama mereka begitu?

Setiap bidang dalam Bantuan Perniagaan ST ada satu watak. Nama mereka bukan kebetulan: setiap nama membawa maksud yang berkait dengan masalah bisnes mereka. Tiga watak wanita kami pun berkongsi satu bunga, iaitu ros, dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil.

Kenapa nama Mei Gui?Mei Gui dalam bahasa Mandarin bermaksud bunga ros. Ros pun kena mekar dahulu, baru orang nampak cantiknya. Pendaftaran membantu anda mengurus perniagaan mengikut keperluan yang berkenaan.

Kenapa nama Mawar?Mawar dalam bahasa Melayu bermaksud bunga ros. Rupa dan mesej yang konsisten membantu pelanggan mengenali jenama, sama seperti ros yang mudah dicam dari jauh.

Kenapa nama Muthu?Muthu dalam bahasa Tamil bermaksud mutiara. Jangan sebab nama Muthu, bisnes pun tersorok macam mutiara dalam kerang. Mutiara perlu ditemui.

Kenapa nama Rojani?Rojani ialah nama yang dekat dengan roja, iaitu bunga ros dalam bahasa Tamil. Cantik macam bunga ros, tapi sepotong kek dia lagi murah dari sekuntum ros. Harga perlu dikira, bukan diteka.

Kenapa nama Nizam?Nizam dalam bahasa Arab bermaksud sistem atau susunan. Nama jer Nizam, tapi kandungan tak ada sistem langsung. Sampai dia susun satu rentak yang tetap.

Kenapa nama Ah Huat?Ah Huat dalam bahasa Hokkien bermaksud makmur. Nama jer Ah Huat, tapi bisnes tak huat-huat. Sampai dia mula membaca angka sendiri.