Logo STSynthesist TransformationMulakan perniagaan dengan betul
RDT 06 · Read & Do Tools · Kisah Ah Huat

Bisnes Huat Dengan Angka Kira, Rancang, Berkembang

Sibuk setiap hari, tapi tak huat? Ikut Ah Huat, pemilik van dandanan kucing di Kuching, merekod dan memahami lima angka perniagaan, mengira harga pakej dan menyusun pelan 90 hari.

RM65sekali bayar · PDF + versi web + bonus
Kulit ebook Bisnes Huat Dengan Angka: Kira, Rancang, Berkembang

Kenapa nama Ah Huat?Ah Huat dalam bahasa Hokkien bermaksud makmur. Nama jer Ah Huat, tapi bisnes tak huat-huat. Sampai dia mula membaca angka sendiri.

FormatPDF 63 halaman + versi web
MulaPersediaan awal sekitar 30 minit
AksesTerus ke halaman akses selepas bayaran
Hasil latihanHarga pakej dan pelan 90 hari
Pelepasan cukai LHDN atau kos operasi perniagaan: pembelian ebook pendidikan perniagaan ini mungkin layak untuk pelepasan cukai gaya hidup (pembelian peribadi) atau boleh direkodkan sebagai kos operasi perniagaan anda; pilih satu kategori sahaja. Simpan resit rasmi yang dihantar ke e-mel anda. Pelepasan terakhir tertakluk kepada syarat LHDN.

Untuk siapa: Peniaga servis yang sudah ada pelanggan tetap dan mahu memahami anggaran untung dan kemampuan perniagaan sebelum menambah pekerja, van atau cawangan.

Contoh sebenar dalam buku: Snacksy, perniagaan penulis, menggunakan Orderla sejak Januari 2026 dan membuka tempahan pada hari tertentu sahaja. Dalam 26 hari tempahan dibuka, halaman tempahannya menerima 833 pelawat dan 126 tempahan. Angka ini datang dari satu perniagaan dan bukan jangkaan hasil anda. Kisah Ah Huat dalam buku ialah contoh ilustrasi.

Apa yang anda peroleh

  • Templat Google Sheets 5 Angka BisnesBuat salinan ke Google Drive anda. Formula disediakan. Masukkan angka perniagaan dan andaian kos anda, kemudian semak hasil pengiraan.
  • Bonus 1: Templat 5 AngkaLima angka, harga pakej, senarai pelanggan dan kiraan van kedua.
  • Bonus 2: Perancang pakejSusun tiga pakej yang jelas untuk pelanggan.
  • Bonus 3: 10 skrip WhatsAppUntuk memaklumkan harga baharu, membuat susulan dan meminta rujukan pelanggan.
  • Bonus 4: Pelan 90 hariLangkah mingguan untuk menguji perubahan sebelum menambah komitmen.
  • Bonus 5: Semakan 20 perkaraSemak rekod jualan, kos, harga dan untung anda.
  • Sokongan akses 7 hari bekerjaSelama 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar. Hubungi kami jika fail atau pautan tidak dapat dibuka.

Isi kandungan: panduan angka perniagaan dan harga pakej

Enam bab, setiap satu dengan kisah Ah Huat, langkah kerja, senarai semak dan hasil yang jelas di hujung bab.

  1. Bab 1Sibuk setiap hari, tapi tak huat
  2. Bab 2Lima angka bisnes
  3. Bab 3Pakej dan harga yang dikira
  4. Bab 4Laluan dan jadual yang jimat
  5. Bab 5Pelanggan ulang dan rujukan
  6. Bab 6Pelan 90 hari

Pratonton satu halaman

Pratonton halaman latihan dalam RDT 06
Besarkan pratonton ↗ · Halaman Bab 1: templat matlamat 90 hari, contoh Ah Huat dan senarai semak Bab 1.

Mula dalam 3 langkah

  1. Buat persediaan awal (sekitar 30 minit) di halaman Mula di sini.

    Kumpulkan rekod servis siap, jualan, kos dan penyata bank bulan lepas. Bezakan jualan daripada deposit, pinjaman dan modal sendiri.

  2. Muat turun templat Google Sheets di Bonus 1.

    Simpan dalam Google Drive anda, kemudian isi tab 5 Angka (Bab 2).

  3. Buat semakan 20 perkara di Bonus 5.

    Kemudian mulakan dengan bab yang berkaitan dengan perkara yang paling perlu anda baiki.

Cara anda menerima ebook

  1. Bayar melalui CHIP

    Gunakan kaedah yang tersedia pada halaman bayaran CHIP. Isi nama, e-mel dan nombor telefon yang betul.

  2. Terus ke halaman ebook anda

    Selepas bayaran berjaya, anda dibawa ke halaman akses. Simpan pautannya untuk dibuka semula. Pautan yang sama dihantar ke e-mel anda dalam 1 hari bekerja.

  3. Simpan PDF

    Buka pautan, muat turun PDF dan simpan ke Google Drive atau Files di telefon anda.

Mahu kesemua 6 buku? Koleksi Lengkap 6 Ebook RDT: RM339 sahaja (jimat RM51), pautan akses semua buku melalui e-mel dalam 1 hari bekerja.

Polisi produk digital: Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar. Polisi ini tidak mengehadkan hak pembeli di bawah undang-undang yang terpakai. Jika fail rosak atau tidak boleh dibuka, hubungi kami dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Hari bekerja ialah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum yang terpakai kepada operasi ST. Baca Polisi Bayaran Balik & Penghantaran.

Soalan lazim

Adakah ini sistem perakaunan atau pengiraan cukai?

Tidak. Buku ini membantu anda merekod dan membaca angka asas untuk membuat keputusan. Untuk cukai dan penyata kewangan, rujuk LHDN atau akauntan. Rekod dan dokumen yang digunakan untuk pengiraan cukai perlu disimpan selama tujuh tahun mengikut keperluan HASiL.

Bolehkah saya guna jika rekod belum lengkap?

Boleh. Mula dengan angka bulan lepas yang anda ada. Bab 2 menunjukkan angka mana yang perlu direkod mulai bulan ini.

Bagaimana saya menerima ebook ini?

Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses ebook anda, dengan butang versi web dan muat turun PDF. CHIP menghantar resit ke e-mel anda, dan ST menghantar pautan akses yang sama ke e-mel itu dalam 1 hari bekerja.

Perlukah sambungan internet setiap kali membaca?

Versi web memerlukan sambungan internet. PDF boleh dimuat turun sekali dan dibaca tanpa internet. Tanda dan catatan versi web disimpan dalam pelayar pada peranti yang digunakan; simpan salinan kemajuan sebelum menukar peranti atau memadam data pelayar.

Bolehkah saya kongsi dengan kawan?

Pautan akses adalah untuk pembeli sahaja. Jika kawan anda berminat, kongsi halaman ini supaya mereka boleh membeli sendiri.

Bagaimana jika fail tidak boleh dibuka?

Hubungi kami melalui e-mel atau WhatsApp dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar.

Perlukah saya ada akaun Google?

Hanya untuk templat Google Sheets. Anda membuat salinan ke Google Drive anda sendiri, jadi data anda kekal dalam akaun anda.

Ditulis oleh Miss Sugu (Suguneswari Thambymuthu), pengasas Synthesist Transformation Enterprise (PG0586128-K). Panduan ini menggabungkan langkah kerja, contoh perniagaan kecil dan sumber rasmi yang dinyatakan dalam buku. Tentang ST

Perlukan bantuan untuk melaksanakannya?

RM65 ialah pembelian panduan untuk dibuat sendiri. Kelas dan bantuan pelaksanaan ialah pilihan berasingan, dengan harga sendiri.

Dapatkan bantuan ST

Jom Berkembang

Sesi semakan angka sekali bayar bersama ST untuk memilih satu langkah pertumbuhan.

Lihat pakej →

Belajar dalam kelas

Kelas Baca Angka Perniagaan

Kelas kumpulan kecil bersama Miss Sugu.

Tanya jadual kelas →
RM65 · RDT 06Beli sekarang →