Jom Mudah Ditemui: biar pelanggan menemui anda
Produk anda bagus dan perkhidmatan anda dipercayai, tetapi apabila orang mencari di Google, nama anda tidak muncul. Kami menyediakan profil Google dan akaun media sosial perniagaan anda dengan lengkap, supaya pelanggan lebih mudah menemui dan menghubungi anda.
RM713 sekali bayar · persediaan sekali, siap 15 hari bekerja · akaun milik anda; pengesahan tertakluk kepada platform.

“Jangan la sebab nama Muthu, bisnes pun tersorok macam mutiara dalam kerang.”
Watak contoh untuk menerangkan situasi perniagaan, bukan testimoni pelanggan.

Kenapa nama Muthu?Muthu dalam bahasa Tamil bermaksud mutiara. Jangan sebab nama Muthu, bisnes pun tersorok macam mutiara dalam kerang. Mutiara perlu ditemui.
Platform yang kami sediakan
Google Business Profile
Profil yang lengkap membantu Google memahami perniagaan anda. Paparan dan kedudukan carian tertakluk kepada Google.
WhatsApp Business
Profil, katalog produk, mesej sambutan dan mesej tiada di talian.
Halaman perniagaan dengan logo, maklumat dan butang hubungi.
Akaun perniagaan yang dipautkan ke Facebook dan WhatsApp.
Threads
Akaun yang disambungkan dengan Instagram anda.
TikTok
Profil perniagaan dengan penerangan, dan pautan apabila fungsi tersebut tersedia pada akaun anda.
Facebook dan Instagram disambungkan kepada Meta Business Suite untuk menjadualkan hantaran, dan mesej Facebook, Instagram serta WhatsApp boleh dibalas dari Inbox yang sama. Google, Threads dan TikTok diurus dalam aplikasi masing-masing.
Apa yang anda peroleh
- Sesi 1 jamUntuk memahami perniagaan, pelanggan sasaran dan kawasan perkhidmatan anda, serta memilih kategori Google yang betul.
- Akaun Google untuk mengurus profil perniagaanDengan logo dan nama perniagaan anda.
- Google Business Profile yang lengkapKategori, waktu operasi, penerangan, gambar dan pautan WhatsApp.
- Panduan pengesahan GoogleLangkah demi langkah. Pengesahan dibuat oleh anda sendiri.
- Lima akaun dalam pakejWhatsApp Business, Facebook, Instagram, Threads dan TikTok dengan bio, logo dan pautan.
- Meta Business SuiteFacebook dan Instagram disambungkan; mesej WhatsApp boleh dibalas dari Inbox yang sama.
- Maklumat yang sama di semua platformNama, nombor telefon dan maklumat perniagaan diselaraskan. Alamat dipaparkan hanya apabila sesuai dengan cara perniagaan beroperasi dan syarat platform.
- Percuma bersamaSenarai semak serahan akaun (PDF), panduan selepas pengesahan Google dan 7 hari bekerja sokongan WhatsApp.
Langkah demi langkah
Selepas bayaran, anda akan menerima borang maklumat perniagaan dan pautan untuk menempah sesi 1 jam.
Sesi 1 jam
Kita menyemak maklumat dalam borang (nama, logo, waktu operasi, kawasan perkhidmatan dan gambar produk) dan merancang setiap akaun bersama.
Kami menyediakan semua akaun
Google Business Profile dan semua akaun media sosial disediakan dalam 15 hari bekerja selepas sesi awal selesai dan semua bahan serta akses diterima, dengan 2 pusingan pembetulan. Tempoh menunggu maklum balas anda tidak dikira. Tempoh pengesahan Google tidak termasuk.
Anda mengesahkan Google
Ikut panduan kami untuk pengesahan Google Business Profile.
Sesi serahan 30 minit
Kami tunjukkan cara menggunakan setiap akaun. Anda dijadikan pemilik utama dan akses kami dibuang.
Pilih pakej anda
Jom Mudah Ditemui
Untuk perniagaan yang mahu profil Google dan akaun media sosial yang lengkap.
- Google Business Profile
- WhatsApp Business, Facebook, Instagram, Threads dan TikTok
- Facebook dan Instagram disambungkan kepada Meta Business Suite
- Sesi awal 1 jam dan sesi serahan
RM713
siap dalam 15 hari bekerja, 2 pusingan pembetulan, sokongan 7 hari bekerja selepas serahan
Soalan lazim
Saya belum mempunyai SSM. Bolehkah saya mengambil pakej ini?
Boleh, tetapi kami cadangkan Jom Daftar SSM dan Jom Bina Jenama terlebih dahulu, supaya nama dan logo perniagaan anda sama di semua platform sejak hari pertama.
Saya tiada premis. Bolehkah saya muncul di Google Maps?
Mungkin. Perniagaan yang pergi berjumpa pelanggan boleh layak sebagai perniagaan kawasan perkhidmatan tanpa memaparkan alamat rumah, tertakluk kepada syarat Google. Perniagaan dalam talian sahaja tidak semestinya layak.
Adakah anda akan memegang akaun saya?
Tidak. Anda pemilik semua akaun. Akses kami dibuang selepas serahan.
Berapa lama sebelum perniagaan saya muncul di Google?
Bergantung kepada pengesahan Google, biasanya beberapa hari hingga beberapa minggu.
Adakah ini termasuk hantaran setiap hari?
Tidak. Jom Mudah Ditemui ialah persediaan sekali sahaja. Untuk hantaran dan kemas kini kandungan setiap minggu, pilih pakej Jom Kekal Dilihat.
Saya sudah ada akaun Facebook dan Instagram. Perlukah buat baharu?
Tidak semestinya. Kami menyemak akaun sedia ada, menukarnya kepada akaun perniagaan jika perlu dan melengkapkan maklumatnya.
Mahu buat sendiri atau belajar dalam kelas?
Mahu buat sendiri, atau belajar bersama orang lain? Pilih cara yang sesuai dengan bajet dan masa anda.
Buat sendiri
Ebook Dari Hasil Kerja ke Profil Google
RDT 03 bersama Muthu. PDF + versi web, senarai semak dan bonus templat. RM65 sekali bayar.
Lihat ebook →Belajar dalam kelas
Kelas Mudah Ditemui
Sediakan Google dan akaun media sosial anda sendiri dengan bimbingan.
Tanya jadual kelas →Bantuan ST mengikut keperluan perniagaan
Tidak perlu mengambil semua pakej. Pilih bantuan yang anda perlukan sekarang.
1
2
4
5
6